Pages

Selasa, 26 April 2011

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W :" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Isnin, 25 April 2011

Surah al-Asr

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1)
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)

SURAH AL-ASR

سُوۡرَةُ العَصر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ.
صدق الله العظيم

Isnin, 18 April 2011

10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI

1.Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan haknya. 2.Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan perintahNya. 3. Kamu kata cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya
4.Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.
5.Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
6.Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya. 7.Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidakmembuat persediaan untuk selepas kamu mati.
8.Kamu selalu sibuk dengan keaiban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri kamu sendiri.
9.Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNy. 10.Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kamu tidak mengambil pengajaran  daripadanya.
Petikan nasihat  dari seorang wali Allah, Ibrahim Adham.

Khamis, 14 April 2011

SALAM PERKENALAN.

Sudah menjadi fitrah manusia, biasanya mereka ingin mengetahui sesuatu yang baru. Mereka mula meneroka untuk mencari jawapan yang PASTI. JAWAPAN YANG SUDAH PASTI MESTILAH DARI WAHYU ALLAH. Sandaran lain mestilah dari ULAMAK yang mewarisi para Anbiak.