1.Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan haknya.
2.Kamu membaca Al Quran tetapi kamu tidak laksanakan ajarannya dan perintahNya.
3. Kamu kata cinta kepada Rasulullah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya
4.Kamu tahu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu bersekutu dengannya.
5.Kamu berkata kamu cintakan syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya
6.Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu gadaikan diri kamu untuknya.
7.Kamu tahu bahawa mati itu benar dan pasti akan datang, tetapi kamu tidakmembuat persediaan untuk selepas kamu mati.
8.Kamu selalu sibuk dengan keaiban saudara-saudara kamu, tetapi kamu lupakan diri kamu sendiri.
9.Kamu gunakan nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNy.
10.Kamu timbus mayat-mayat, tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Petikan nasihat dari seorang wali Allah, Ibrahim Adham.